Kenangan Mawlidurrasul 1441H / 2019M : " Throwback "- Bonus : Dalil Keharusan Perarakan Mawlid

 "Jika anda tidak mengajar anak anda mencintai Nabiy محمد ketika dia kecil, anda lihat sendiri siapa yang dia cinta dan ikut apabila sudah dewasa"


Perarakan sempena sambutan Maulid Nabiy yang dilakukan oleh umat Islam adalah suatu perkara yang tidak bercanggah dengan syarak.

    Bahkan ia adalah perkara yang sangat baik bertujuan menzahirkan kegembiran dan kesukaan di atas kelahiran junjungan besar Nabiy kita محمد ﷺ disamping mereka mendendangkan qasidah-qasidah memuji baginda Nabiy serta berzikir kepada Allah demi mensyukuri nikmat Allah mengutuskan baginda Nabiy محمد ﷺ kepada manusia.
Antara dalil yang mengharuskan umat Islam melakukan perarakan sempena Maulid Nabiy ini adalah seperti berikut :
    Setelah keislaman ^Umar ibn al-Khattab di Darul-Arqam, para sahabat Nabiy keluar dan mereka berjalan-jalan beramai-ramai dalam dua barisan. Tujuan mereka adalah ingin bersyukur di atas kenikmatan yang diberikan oleh Allah ta^ala kepada mereka iaitu nikmat Allah taala telah memberikan hidayah atau petunjuk kepada Sayyidina ^Umar radiyallahu ^anhu.

    Ini antara dalil-dalil yang menunjukkan keharusan berarak dan berjalan beramai-ramai dengan melaungkan zikir, tahlil dan sebagainya demi menzahirkan kegembiraan atas kenikmatan yang telah berlaku sebagai syukur kepada Allah ta^ala atas nikmat tersebut.

    Antara yang meriwayatkan bahawa umat Islam keluar beramai- ramai dalam dua barisan setelah keislaman Sayyidina Umar ialah al-Hafiz Abu Nu^aim al-Asfahani dalam kitabnya Hilyah al-Awliya' (Darul-Kitab al-^Arabi, Beirut-Lubnan, j. 1, hlm. 40).
    Al-^Allamah Datuk Sayyid ^Alawi ibn Thahir al-Haddad, merupakan Mufti Negeri Johor (1356 - 1381 H/ 1936 - 1961 R) dalam Fatwa-Fatwa Mufti Kerajaan Johor (jil.2, hlm. 343) ketika beliau ditanya berhubung hukum umat Islam yang berarak pada sambutan Maulidur-Rasul, jawab beliau:

"Tidak mengapa jika tidak ada perkara mungkar"

Intaha.

Berikut merupakan cebisan kenangan nostalgia Perarakan Mawlidurrasul Baitussaadah 1441H , dengan kerjasama Masjid Kota Damansara 


Kenangan yang indah bersama komuniti warga Kota Damansara.

Semoga kita berpeluang untuk bersama-sama menzahirkan cinta kepada Nabiy محمد   ﷺ pada masa akan datang.


"Muhammad, Pada Petunjukmu Kejayaan"








































Sentuhan Sejarah : Sambutan Mawlidurrasul (1)

KUBAH HIJAU DI MASJID AN-NABAWI, MADINAH AL-MUNAWWARAH


 Al-Hafiz Jalalud-Din ^Abdur-Rahman ibn Abi Bakr al-Suyuti (w. 911 H), antara ulama yang terkenal dalam ilmu hadith ditanya dalam kitabnya yang berjudul Husnul-Maqsid fi ^Amalil-Maulid (Darul-Kutub al ^Ilmiyyah, hlm. 41 - 42):

"Telah berlaku pertanyaan tentang orang yang melakukan Maulid Nabi ﷺ pada bulan Rabi^ul-Awwal, apakah hukumnya pada neraca syarak dan apakah pelakunya mendapatkan pahala?”, lalu beliau menjawab:
"عِنْدِيْ أَنَّ أَصْلَ عَمَلِ الْمَوِلِدِ الَّذِيْ هُوَ اجْتِمَاعُ النَّاسِ وَقِرَاءَةُ مَا تَيَسَّرَ مِنَ القُرْءَانِ وَرِوَايَةُ الأَخْبَارِ الْوَارِدَةِ فِيْ مَبْدَإِ أَمْرِ النَّبِيِّ وَمَا وَقَعَ فِيْ مَوْلِدِهِ مِنَ الآيَاتِ، ثُمَّ يُمَدُّ لَهُمْ سِمَاطٌ يَأْكُلُوْنَهُ وَيَنْصَرِفُوْنَ مِنْ غَيْرِ زِيَادَةٍ عَلَى ذلِكَ هُوَ مِنَ الْبِدَعِ الْحَسَنَةِ الَّتِيْ يُثَابُ عَلَيْهَا صَاحِبُهَا لِمَا فِيْهِ مِنْ تَعْظِيْمِ قَدْرِ النَّبِيِّ وَإِظْهَارِ الْفَرَحِ وَالاسْتِبْشَارِ بِمَوْلِدِهِ الشَّرِيْفِ. وَأَوَّلُ مَنْ أَحْدَثَ ذلِكَ صَاحِبُ إِرْبِل الْمَلِكُ الْمُظَفَّرُ أَبُوْ سَعِيْدٍ كَوْكَبْرِيْ بْنُ زَيْنِ الدِّيْنِ ابْنِ بُكْتُكِيْن أَحَدُ الْمُلُوْكِ الأَمْجَادِ وَالْكُبَرَاءِ وَالأَجْوَادِ، وَكَانَ لَهُ آثاَرٌ حَسَنَةٌ وَهُوَ الَّذِيْ عَمَّرَ الْجَامِعَ الْمُظَفَّرِيَّ بِسَفْحِ قَاسِيُوْنَ*
“Menurutku, sesungguhnya asas sambutan Maulidur-Rasul yang dilakukan adalah dengan cara mengumpulkan manusia, membaca beberapa ayat daripada ayat-ayat al-Quran al-Karim, meriwayatkan kisah-kisah yang warid berhubung kelahiran Rasulullah, menceritakan peristiwa-peristiwa yang berlaku ketika kelahiran baginda dan mengadakan jamuan ketika majlis tersebut berlangsung, menikmati juadah yang disediakan kemudian bersurai, tidak lebih daripada itu; merupakan suatu bentuk bid^ah hasanah yang diganjari pelakunya disebabkan ia mengandungi pengagungan terhadap baginda dan dapat menzahirkan keseronokan terhadap berita gembira berhubung kelahiran baginda yang mulia ﷺ.

Orang yang pertama kali melakukan peringatan maulid ini adalah pemerintah Irbil, Raja al-Muzoffar Abu Sa^id Kaukabri ibn Zainid-Din ibn Buktukin, salah seorang raja yang mulia, agung dan dermawan. Beliau memiliki peninggalan dan jasa-jasa yang baik, dan dialah yang membangun al-Jami^ al-Muzoffari di lereng gunung Qasiyun” Intaha.
[Lihat juga kitab _al-Hawi lil-Fatawa_ karangan al-Suyuti, Darul-Kutub al-^Ilmiyyah, 1421 H/2000 R, Beirut-Lubnan, cet. 1, jil.1, hlm. 181]
والله أعلم وأحكم


Layari Page FB :

Program terkini Baitussaadah :