"Jika anda tidak mengajar anak anda mencintai Nabiy محمد ketika dia kecil, anda lihat sendiri siapa yang dia cinta dan ikut apabila sudah dewasa"
Perarakan sempena sambutan Maulid Nabiy yang dilakukan oleh umat Islam adalah suatu perkara yang tidak bercanggah dengan syarak.
Bahkan ia adalah perkara yang sangat baik bertujuan menzahirkan kegembiran dan kesukaan di atas kelahiran junjungan besar Nabiy kita محمد ﷺ disamping mereka mendendangkan qasidah-qasidah memuji baginda Nabiy serta berzikir kepada Allah demi mensyukuri nikmat Allah mengutuskan baginda Nabiy محمد ﷺ kepada manusia.
Antara dalil yang mengharuskan umat Islam melakukan perarakan sempena Maulid Nabiy ini adalah seperti berikut :
Setelah keislaman ^Umar ibn al-Khattab di Darul-Arqam, para sahabat Nabiy keluar dan mereka berjalan-jalan beramai-ramai dalam dua barisan. Tujuan mereka adalah ingin bersyukur di atas kenikmatan yang diberikan oleh Allah ta^ala kepada mereka iaitu nikmat Allah taala telah memberikan hidayah atau petunjuk kepada Sayyidina ^Umar radiyallahu ^anhu.
Ini antara dalil-dalil yang menunjukkan keharusan berarak dan berjalan beramai-ramai dengan melaungkan zikir, tahlil dan sebagainya demi menzahirkan kegembiraan atas kenikmatan yang telah berlaku sebagai syukur kepada Allah ta^ala atas nikmat tersebut.
Antara yang meriwayatkan bahawa umat Islam keluar beramai- ramai dalam dua barisan setelah keislaman Sayyidina Umar ialah al-Hafiz Abu Nu^aim al-Asfahani dalam kitabnya Hilyah al-Awliya' (Darul-Kitab al-^Arabi, Beirut-Lubnan, j. 1, hlm. 40).
Al-^Allamah Datuk Sayyid ^Alawi ibn Thahir al-Haddad, merupakan Mufti Negeri Johor (1356 - 1381 H/ 1936 - 1961 R) dalam Fatwa-Fatwa Mufti Kerajaan Johor (jil.2, hlm. 343) ketika beliau ditanya berhubung hukum umat Islam yang berarak pada sambutan Maulidur-Rasul, jawab beliau:
"Tidak mengapa jika tidak ada perkara mungkar"
Intaha.
Berikut merupakan cebisan kenangan nostalgia Perarakan Mawlidurrasul Baitussaadah 1441H , dengan kerjasama Masjid Kota Damansara
Kenangan yang indah bersama komuniti warga Kota Damansara.
Semoga kita berpeluang untuk bersama-sama menzahirkan cinta kepada Nabiy محمد ﷺ pada masa akan datang.
"Muhammad, Pada Petunjukmu Kejayaan"
No comments:
Post a Comment