Ilmu Itu Umpama Emas : Pondok Cuti Universiti



قال العلماء : الوقت كالذهب . إن لم تصرفه في طاعة الله ذهب

Telah berkata para ulama' : Ilmu itu seumpama emas. Jika engkau tidak menggunakannya untuk melakukan ketaatan kepada Allaah maka ia akan pergi (tanpa mendapat manfaat daripadanya)


================================================


Program Pondok Cuti Universiti di Baitussaadah bukanlah program yang baru. Pihak Baitussaadah (BS) telah menganjurkannya sejak awal 2015 lagi demi memenuhi permintaan pelajar-pelajar universiti yang dahagakan ilmu, yang tidak mahu masa cuti mereka berlalu begitu saja, dibazirkan tanpa manfaat, penuh dengan lalai dan mainan dunia.

Kebanyakan pelajar yang mencari-cari ilmu agama merupakan pelajar yang bukan jurusan agama di universiti, seperti jurusan kejururawatan, sains, perubatan, kejuruteraan, dan yang seumpamanya. 

Trend ini terhasil dek kerana kekurangan pengisian rohani dalam pengajian harian mereka. Tambahan pula, disebabkan zaman fitnah yang berleluasa pada zaman moden ini, sangat banyak persoalan-persoalan agama dan juga hidup bertubi-tubi menyerang generasi muda kini.

Apatah lagi hidup di bandar yang penuh dengan dugaan dan cabaran, ilmu agama tradisi dan tarbiyyah ulama' semakin jauh daripada masyarakat.

Justeru itu, pihak Baitussaadah mengambil langkah untuk membawa metodologi pengajian agama tradisi, dan menjadikannya mudah didapati sekali pun hidup di kota.

Untuk mendapat maklumat lanjut tentang PCU Ogos 2016, boleh ke link ini :

Untuk pendaftaran, sila ke link ini :

Selamat beramal 

:)











No comments:

Post a Comment